Thursday, October 21, 2010

salesman punya kerja....



Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang
dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya
dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini
jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa
tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.” Best regards,

0 comments: